Translate

Tuesday 30 September 2014

Lihat luar GERAM, lihat belakang SERAM..



Kenapa pula dengan Neelofa ni?? Apakah kontrovesi kali ini?? Tak habis2 dengan publisitinya....Ini hanya sekadar hiasan sahaja.. Cerita kali ini pasal AYAM GORENG..Bukan pasal Neelofa, gambar sekadar hiasan sahaja..Cantikkan Neelofa??....

Cuba kita lihat pada kulit ayam, nyum! nyum! nyum! kan? Menyelerakan kan? Itulah hakikatnya kalau kita pi makan kat luar, makan AYAM GORENG memang sedap.. Terutamanya bila part yang ade kulit..

AYAM GORENG biasanya kulitnya garing apabila digoreng.. Itu yang lazat sehingga menjilat jari. Tengok diluar kulit AYAM GORENG itu memang GERAM dan penuh nafsu ketika hendak makannya, tapi jika dikopek kulitnya dan lihat belakangnya, huh.. terus gerun dan SERAM melihatnya. Hilang selera nak makannya sehingga pikir 2-3kali nak makan atau tidak.. Lemak tu..
Tidak berbaloi jika kita makan kulit AYAM GORENG tu yang penuh dengan lemak dan menyebabkan kolestrol. Ish, memang pat kulit AYAM GORENG boleh makan, tapi perlulah didikiskan terlebih dahulu dan kemudian GORENG. Kompom ranggup.. Kulit ayam tu dikikis lemaknya kemudian gorenglah dengan tepung, cili powder,seasoning, atau tanpa tepung. Kemudian digoreng sampai garing.. Barulah boleh makan kulit AYAM GORENG tu.. Anda semua boleh cuba juga..

Monday 22 September 2014

Penyakit Berjangkit Di Pusat Jagaan

Tengok tajuk je para IBUBAPA dah risau.. Yela, mana tak nya, IBUBAPA yang berkejaya kebanyakkan hantar anak2nya ke taska/pusat jagaan termasuklah saya. Anak2 saya akan berhadapan dengan risiko penyakit berjangkit kerana antibodi kanak-kanak tidak seperti remaja atau dewasa. Antara penakit yang dikenalpasti, penyakit telinga, penyakit kaki tangan dan mulut dan sebagainya. "Berbanding dengan penyakit tekak dan hidung, penyakit telinga ini mungkin akan membawa kesan jangka panjang kepada kanak-kanak tersebut",kata DR. Aminuddin Saim, Pakar Runding dan Pakar Bedah Hidung dan Tekak, Hospital KPJ Ampang Puteri. Kita sebagai IBUBAPA sememangnya peka terhadap isu ini dan pihak jagaan/taska WAJIB ambil berat tentang isu ini. Lankah awal boleh diambil sekiranya terdapat sesuatu yang aneh terhadap kanak-kanak tesebut iaitu dengan inform kepada IBUBAPA untuk segera berjumpa dengan doktor. Sekiranya perlu, pusat jagaan/taska hendaklah melantik seorang doktor untuk melakukan penyeliaan dan memberi rawatan jika perlu. Kebiasaanya terjadi disekitar bandaraya yang sibuk kerana faktor alam sekitar dan udara yang tercemar dengan habuk serta karbon monoksida. Akan tetapi, bukanlah menghatar kanak-kanak disekitar perkampungan adalah jalan penyelesaian, mahupun tidak menghantarnya, tetapi kita perlu ada sikap prihatin dan lebih peka terhadap kanak-kanak. Oleh itu, saya sebagai Bapa, telah memberi makanan sampingan/tambahan kepada anak-anak saya iaitu Omega Guard SHAKLEE, Chewable Vita-C Plus SHAKLEE dan Meal Shakes(French Vanilla). Para IBUBAPA, perlulah sedar bahawa, pencegahan adalah lebih baik dari merawat..

Hobi RC seorang Suami dan Ayah

Assalamualaikum wbt..
Salam 1 Malaysia...

RC atau Radio Controlled adalah hobi yang sedang meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia ini mahupun diluar negara sekalipun.. Saya teruja melihat  kawan saya merangkap bos saya bermain RC walaupun secara online.. Disinilah bermula sebuah cinta...

Saya sgt teruja melihatnya, sampaikan ternampak salah seorang pelanggan kamera saya mempunyai minat yang sama. Tengok gak group rc yg dia join, so saya apalagi add diri sayalah.. Huh, kat situ lagi rambang biji mata saya.. Minat ni sebenarnya sejak kecil.. tapi dulu abah beli yang ade wayar.. Bila batteri habis, tarik pula pakai wayar tu.. Sekarang, anak dah 3 timbul balik hobi RC ni..

Jadi saya belilah melalui group https://www.facebook.com/groups/lelongrcstuff/ , HSP MONSTER TRUCK 1/10 & DRIFT 1/10 RTR(ready to race). Upgrade motor & esc brushless, terus naik performance nye.. blh wheelie..terlalu laju..so, saya upgrade ke HSP MONSTER TRUCK 1/5, dan angkat Buggy 1/8 Ep.. huh.. boleh terbang2 BUGGY ni walaupun bukan enjin.. yang MT tu lagi lah, pickup kuat, lasak..enjin 2 lejang..bunyi nye, preng! preng!..

Saya masih newbies kubis lagi dalam dunia RC ni.. ade kelas darat, air dan udara..insya Allah, klu nanti nak cuba air dan udara pula..

Friday 9 May 2014

Dunia Lensa DSLR

Saya Shahrezan Bin Shahruddin..
Anda tercari-cari DSLR 2nd hand/ terpakai??
Harga yang berpatutan??
Ingin menjual/menukar barangan DSLR anda??
Insyaallah saya akan membantu...